Tuesday, March 31, 2009

HATI

hati manusia ni, macam2 jenis...
kadang2 aku sendiri cuba nak menilai macam mana hati somebody tu...
tapi lepas tu, pening kepala je yang aku dapat...

aku ni pun, bukan lah sempurna...
cuma macam biasa lah kan, kita kena saling ingat mengingati...
aku selalu perhatikan perbuatan orang yang aku tak kenal, then aku cuba fikir...

aku tak nafikan, yang aku ni pun kadang2 terbabas jugak waktu solat...
tp aku pernah terjumpa, ada sorang perempuan ni (mis H)...
masa tu aku dgn mama, ili & jihah, kitorang singgah solat dekat surau...
masa tu kitorang baru keluar dari kedai buku...

mis H ni, pakaian dia agak menjolok mata...(bagi pandangan aku la, tak tau la orang lain kan...)
tapi yang aku kagum dia solat cukup...
(aku buat andaian macam tu sebab asar & maghrib tu dia solat di surau yang sama)
kitorang datang solat maghrib kat surau yang sama lepas makan kat restoran dekat2 situ...
sebab tu lah aku perasan kewujudan dia...

jadi kat sini aku cuba fikir & aku cuba setkan dalam minda, mereka yang macam tu tak semestinya tak baik...
mungkin itulah, mereka kurang dari segi pemakaian...
tapi mungkin lebih dari segi yang lain, yang maybe kita sendiri pun takde...
kita tak boleh menilai orang sesuka hati...
macam2 pengalaman dengan orang yang tak dikenali aku dah alami...
ada yang bertutup juga sangat2 bertutup, tapi perangai agak mengecewakan aku...
senang cerita, kita takde hak nak menilai sesiapa...

kita as manusia, layanlah manusia lain seadanya....
kalau nak ikut petua aku, orang layan kita baik, kita gandakan lagi layanan baik kita kat dia...
kalau orang layan kita tak baik, jangan terus layan dia tak baik...
sebaiknya, kita fikir...kenapa kita dilayan macam tu?
mungkin kita pernah ada buat silap dengan orang tu...
tapi kalau takde sebab tu, kita doa2 la yang orang tu akan layan kita dengan baik...
doalah orang tu dilembutkan hatinya...


kat bawah ni, aku sertakan sekali santapan hati untuk kita semua share sama2...
aku harap yang aku ni diberikan ke"maintain"nan yang tinggi untuk sentiasa mengamalkan amalan berikut...

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kami

Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat k eatas Nabi Muhammad s.a.w - Paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat -
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati -Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan -
jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb)-
Jangan dengar orang
mengumpat.

p/s:aku as hamba-NYA, aku sedar yang aku banyak silap pasal benda yang bersangkut paut hati ni...tapi tu lah, aku ni memang senang sangat terlalai..untuk semua yang pernah mengenali aku, aku memohon seribu kemaafan atas semua salah silap aku...

No comments:

Post a Comment