Monday, March 23, 2009

Gian hampir terbalas

aku memang minat sgt mengarang2 ni...
sebab tu la gian sangat nak buat semua tu.

malangnye, sejak aku masuk U ni, macam takde masa langsung aku nak spent untuk tulis ape yang aku nak...

aku ada jugak nak buat novel, tapi dah 3 novel terbengkalai macam tu je...
kesian kat diri sendiri sebab hobi pun aku terpaksa korbankan..
sebab tu la aku wujudkan blog aku ni...
aku harap gian aku akan terbalas...
aku ni bukan boleh kira, kalau tengah gian tu, maunya sehari 3 4 kali aku tulis dalam blog ni...

aku tulis blog ni bukan untuk pleased kan sesiapa, mengutuk, or mengaibkan, apatah lagi sebarkan fitnah pasal orang...
aku cume nak cerita ape2 je yang berkaitan dengan aku, yang berlaku dalam kehidupan seharian aku...
jangan la ade sesape yang risau, sebab aku takkan masukkan isu-isu sensitif ni...
aku pn malas nk sentuh perkara2 mcm tu...
tp kalau ada yang terasa, awal2 lagi aku mintak maaf...
sbb tujuan utama aku tulis blog ni cume nak puaskan hati sendiri je...

setakat ni untuk hari ni, takde apa2 yang best berlaku kat aku....
cuma pagi tadi la kan...

aku ni jarang sangat2 tidur kat bilik..
bukan tak ngam dengan roomate aku, tp sebab dia ambik majoring lain, jadi aku jarang la communicate dengan dia pasal studi...
kalau borak2 kosong tak payah cerita la..
memang aku laju je macam bertih jagung...hehe

so aku tidur bilik kawan aku, cik F...
yang aku ni pun satu.
tak pernah2 terlupa bawak kunci bilik, alih2 malam tadi aku boleh lupa...
bangun pagi tadi, sambil mamai2, aku pun panjat la tangga pergi bilik aku kat aras 3...
tengok2, pintu bilik aku kunci...
time tu aku xsedar lagi yang roomate aku ada kelas pagi kalau hari isnin...
hehehehe....
semua tu aku sedari setelah aku berdiri lama kat depan pintu bilik, & aku fikir apa yang aku tengah buat actually...
aku pun dengan gaya serabainya, pegi jumpa kawan aku yang cun melecun dah siap2 nak pegi kelas, cik Y...

dengan muka kesian, aku mintak tolong dia pinjamkan kunci spare kat pejabat kolej...
hehe...
nasib baik akak pejabat tu baik hati nak bagi...
kalau tak, memang selamat la aku tak payah pegi kelas....

alamak!~
sebut pasal kunci spare baru aku teringat!
aku nak kena pulangkan kat pejabat..
siap kena charge rm3 pulak tu...
aku gerak pergi pejabat dulu!!~
tadaaaaaaaaaaa.....

No comments:

Post a Comment