Monday, January 18, 2010

kenapa Nurul Su'aidah begitu sinonim dengan cikgu...

Scenicmasa zaman kanak-kanak dulu, selalu cikgu tanya kita bila besar nak jadi apa kan?sampi la ke rumah, kita pun dok tanya kat adik-beradik, sepupu sepapat yang sama baya.mesti semua orang jawab yang power-power."aku kang nak jadi doktor".haha, tu la yang selalu aku dengar.tak pun, nak jadi angkasawan,engineer(tapi masa tu tak tau lagi engineer khusus nya apa),cikgu pun ada jugak.tapi ada jugak sesetengah tu yang kata nak jadi pemandu lori or kapal korek.yela, budak-budak lelaki kan masa kecik-kecik minat main tanah.ada lori, kapal korek.heheYahoo

tapi setiap tahun aku tanya, mesti selalu nya cita-cita kawan-kawan aku ni akan berubah.bila ada yang lagi canggih, tak pun yang diorang rasa menarik, dorang pun berangan nak kerja tu pulak bila besar nanti.aku ni pulak, tanya la bila pun, mesti aku kata nak jadi cikgu.kalau masa tu kawan-kawan dok cakap pasal kerja canggih pun,mesti aku akan kata nak jadi cikgu.masa zaman aku sekolah dulu, aku rasa cikgu ni memang glamour.pergi pasar malam ada orang tegur,pergi kedai beli ikan ada orang tegur,masuk dalam kelas murid-murid bagi salam ramai-ramai. paling seronok bila hari guru & birthday.banyak dapat hadiah dari murid-murid. tapi nak dapat yang macam tu, mesti la jadi guru yang baik kan.walaupun tegas, tapi muka mesti manis, jangan dok
buat muka ketat je..kalau tak, kirim salam je la nak dapat hadiah banyak-banyak..Banana Lv 1

tapi bila aku dah besar ni, aku dah mula nampak la, apa istimewanya jadi guru. aku ada la pengalaman sikit-sikit, mengajar budak tadika, budak darjah 3 and kelas tusyen. mengajar kanak-kanak ni, memang perlukan banyak tenaga.tu yang aku balik dari mengajar tadika trus terbongkang dengan baju kurung aku skali xsempat nak bukak pun.Sleepinghaha...

tapi tu la, memang satu kepuasan bila tengok diorang belajar benda baru, and leh faham apa yang kita ajar. sebab tu la aku dapat rasa, guru ni memang mulia kerjanya di sisi masyarakat. tak kira la guru dari tadika, pra sekolah, sampaila ke universiti, walaupun mereka tu title nya lecturer, tapi dari segi logiknya, masih guru.kerana guru ni lah terhasil macam-macam jenis jawatan, kepakaran dalam dunia ni.reading

orang selalu kata, aku ni memang sesuai mengajar. aku ni pandai bercakap and mengajar la katanya. ke maksud diorang aku ni kuat membebel ek?haha!~ tapi tu la, aku pun suka sangat mengajar ni. kalau jadi cikgu, mesti aku leh jadi cikgu disiplin.sebab aku ni garang tau.hehe...Idiot tapi aku bukan kaki pukul tau..wahaha

aku pun, insyaAllah, akan menjadi salah seorang tenaga pengajar, memandangkan kontrak yang aku ada dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). harap-harapnya cita-cita aku yang aku pegang dari aku kecik and tak tau makna sebenar guru, dapat aku capai..insyaAllah...

ANGAN2 TIME!~ : what are my future babies namezZz?.... =p

kata orang, tak salah nak berangan kan. tapi tu la aku ni, kalau lah diberi peluang nak berangan, seminit pun dah macam-macam ade dalam kepala aku ni.hehe...

aku memang kuat berangan.kire champion la senang kata.waktu paling suka berangan, masa dah ready-ready nak tidur and kalau dah bosan dalam kelas or lecture.(p/s: jangan tiru ye adik-adik..hehe)it wasnt me

kalau difikirkan, memang jauh lagi aku nak meniti masa yang mana aku dah berkahwin, and ada anak.tapi aku suka berangan dok fikir nak bagi anak nama apa nanti.sebabnya, aku geram tengok baby comel-comel.pastu, tengokla kan, budak-budak sekarang canggih-canggih sungguh nama.tergeliat lidah cikgu nak menyebutnya...hehe. walau macam mana sekalipun, nama yang diberikan, biarlah mempunyai maksud yang baik, yang positif, serta sesuai dengan anak tu nanti. jangan berikan nama yang terlalu berat maksudnya.sebab orang tua-tua kata, nanti baby tu tak mampu nak bawa namanya sendiri. wallahua'lam..^^

okey2, kembali pada nama idaman baby aku.actually, aku baru je terfikirkan satu nama.xde combination ke apa lagi.just root name.wahaha!~nama ni pulak, untuk baby girl.aku suka kalau my future baby girl (insyaAllah) namanya MELATI.hehe...kepada sabrina, jangan btau melati your cousin tu tau..hehe..Funky Dance

MELATI maksudnya sejenis bunga yang harum bau nya..(hehe, tu je la yang aku tau pun)
kepada kawan-kawan, mesti korang ada nama kegemaran, yang korang rasa nak bagi kat anak-anak kamu semua pada masa akan datang kan, share with me please..kalau sedap leh aku tumpang sekaki..hehe~~~YahooYahoo

Saturday, December 12, 2009

my marinated KORBAN's beef =)


alkisah, disebabkan raya haji yang baru lepas ni,jadi banyaklah daging lembu kat rumah. tahun ni memang xde daging kambing.ayah la paling frust skali agaknye..hehe(walaupun ayah la patutnya xleh makan sebab ada darah tinggi.kesian ayah..).jadi satu petang yang damai ni, aku pun wat la aktiviti yang mama suruh dengan dibantu oleh jiha.kitorng potong daging-daging yang banyak tu & bahagi dalam dua bekas.satu bekas potong dadu untuk masak gulai, satu lagi potong lebar-lebar untuk di"marinate"kan supaya boleh menjadi daging panggang yang sedap dimakan begitu sahaja.

oleh itu, kat sini nak share dengan semua orang, resepi marinate yang aku campak-campak je bahan-bahannya, dengan bantuan bakal chef terkenal, adik aku dnd...untuk pengetahuan umum, aku marinate daging ni punya la banyak.satu loyang segiempat yang lebar tu.tp kitorng makan 3 kali bakar, untuk 3 hari je.haha!akibatnye, sekarang ni aku tengah bersusah payah nak turunkan berat badan.wakaka...

first thing 1st, daging yang dah dipotong tu, diketuk dengan hammer untuk daging(meat tenderizer) biar ade nampak rongga-rongga supaya daging lembut.then MINYAK MASAK.cap ape pun xkisah.buruh,vesawit,seri murni, yang penting halal.then MADU untuk memberikan rasa manis serta melembutkan daging.pastu, tabur MIX HERBS.cari je kat supermarket, confirm ade dari size kecik sampai la ke besar.then, bahan yang aku paling suke, PAPRIKA.paprika ni berbentuk serbuk.jadi taburkan jugak.GARAM secukup rasa.KICAP PEKAT untuk masakan juge secukup rase.

cara nak masak, panaskan pan leper dengan planta or margerin or yang seumpama dengannya.untuk yang menggemari daging yang ada rasa juicy-juicy,(my feveret!!~)kita namakan cara masakan MEDIUM DONE.caranya, api kuat letakkan daging.setelah 4 minit, terbalikkan.4 minit kemudian angkat dan sedia untuk dimakan.siapa yang suka daging yang kering dan liat2 sikit, masak cara tadi, tp masa masak tu panjangkan la 3 4 minit untuk setiap side.yang tu pulak namanya WELL DONE.

kalau sesiapa yang rasa beef steak kat restoran tu sedap sangat, korang try la resepi ni.sebab kalau buat sendiri, kita memang xkan kedekut bahan.jadi memang betul-betul cukup rasa.siap boleh masak ikut style yang disukai lagi..ha, dah teliur kan..haha!~must try nooo...kalau rajin, cari la resepi sos cendawan ke, sos blackpepper yang special ke, makan dengan daging tu.confirm terangkat.hehe..tp kitorang satu family bedal je macam tu.ngap..ngap..kejap je dah habis...

p/s: sori xde gambar.klu x,leh tengok macam mana rupenye kan.aku xterfikir pun nak amik..huhu.

Thursday, December 10, 2009

my new baby = my new tanggungan..huhuh!~

dilahirkan di pekan banting, jalan nak menuju ke pantai morib pada tanggal 22 october 2009.
di salah sebuah branch Perodua, yang indah dan permai.hehe

turut serta dalam menyambut kelahiran, ahli keluarga tercinta...mama, ayah, aiq, ali n asma'..
nama yang didaftarkan adalah WTD4501, solid white, ber'title' viva elite.

diharapkan dengan kehadirannya memudahkan urusan seharianku, menjauhkan aku dari sebarang kecelakaan dan keburukan, memberikan kegembiraan dan keserian kepada semua orang     yang menaikinya...

i present to you.....the whitest baby ever..wakaka....


baby tengah mandi-manda kat scs taman U.dibuka 24jam okey..hehe

Sunday, November 15, 2009

a short story of little ASMA'

rindunye kat si comel asma' mardhiyyah...

asma' ni, xpenah2 la seumur hidup die (2 tahun) die nak ckp dlm fon..

jd klu konon2 tgh gayut dgn die, aku je la yg ckp sorng2..

>>hello asma'..assalamualaikum..

>>asma' dah mkn?owh, da mkn...

>>asma' buat apa tu?baca buku ek..

haha..klaka kan, ak bg soalan, aku jugak yg cari jwpn..

profile asma' mardhiyyah



nickname: nyemak a.k.a adik asma'

umur: 2 tahun

hobi: tumpahkan sabun basuh, "umi nak cucu~",

pkai slipar besar2, mkn roti cream.

fav: teddy (sume teddy aku dia kebas), jln2 nek motor.


tbe2 mlm hr tu, dlm kul 11pm..

mmg aku klu dpt call dr no fon umah embah time2 camni la...

angkat2 fon aku memang dah ready sbb slalu umi yang dial..

dia konfem2 la terus sembur je..hehe (sori terkantoikn perangai ribena umi)

nurul>>hello assalamualaikum..

suara comey SGT2!!!>>ekom alam (wsalam)...

nurul>>eh??hello3x??umi??

suara comey SGT2!!!(nyemak upenye)>>nuyun nyemak anye cu tito ayut (die cume nak gtau, die xleh tdo..so die nak gayut dgn aku..wahah!!~comey2..)

nurul>>eh nyemak!!!~(suara tkejut tahap giga).

nyemak>>nuyun da matan..?

nurul>>dah makan dah..nyemak dah makan?

nyemak>>matan dah..nuyun umi embah nyi ace kuku..

(denga suare background umi::kak nurul, nyemak tgh bace buku ni..)

nurul>>adeh nyemak ni..ingat kuku ape td, buku rupenye..hehe.nyemak xnak tdo ke?

nyemak>>nyemak tito..babai..ekom alam..(nyemak xreti bagi salam, die bg n jwb salam due2 pkai wsalam..hehe)

tuuttt..tuttt....

ceh nyemak ni..aku xpuas borak agi die da letak..

tp mmg geram dgn die mlm tu.klu x, dok denga die gelak je..tu pn ihik2..ihik2..sabau je la.best la pulak kan gayut dgn die.ehehe

Monday, August 3, 2009

Trip to SABAH

actually, dah lama aku pergi sabah...
bulan 5 yang lepas..

tapi disebabkan hari ni aku kebosanan,
nak share picture me n myfrens yg comey loteh ni...=)

tp byk jugak pic aku yg mcm mak nenek..hehe~
layankan je la ek...

okey kawan2, ni namenye teknik shrink to fit the lens..
hehe, smpai bengkok2 lutut tau!~


okey mcm bese la..
sbb aku wat muke mcm bagus, jd wa jeles!~hehe..
ni la part di mane aku dah jd mak nenek...


jangan tertipu!!~
kanak2 bedua kat bawah tu kawan aku tau..
ahaaa~
location: One Borneo



ok sume!!~
hari ni hari biru tau..
jangan pkai baju lain, nnt tcicir xjumpe..
hahak!~


pasar kraftangan a.k.a pasar phillipine...
kat cni la kitorng menabung duit~ =p


ini je duit yg tinggal..huhu
tmpat mkn ni best wooo..
lobster n seafood besar2, segar2..



baru bebrape jam mendarat nih...
tp da ready nak menjelajah kk..hihuuu



pokok sakura di One Bornoe..
wakaka!~~
konon2 slim la kitorng ni, nak mnyorok blakang pokok..


gelang baru kami!!~
hehe...
kedai mkn nasi ayam sabah..RM2.70


bersidai di tepi jalan..=)



haaa..pic ni cukup korum kitorng...yeay!~


transition ku menggelap..huhu~
bluek satu utk wa..



cover album..
di tepi pantai yang indah~
=p


ni port kitorng ni...
hehe~



kota kinabalu airport~
tu sume barang2 kami!~
hehe...



funny + heppi faces =)

TIPS: orang yang PALING perlu pegi kk ialah..........anda yang gilakan MUTIARA!!!~
hehe..
sure korng xkan rase rugi klu pegi..
xtau nak describe camne pasal mutiara dorng..
cantik2..superb2...

Wednesday, July 29, 2009

jantan VS kucing

hehe...
mula dari aku keluar bilik, sampai la ke kelas, aku tak boleh tengok kucing..
masa tengah tunggu bas, aku ternampak kucing, aku bantai gelak...
sebabnya, adala peristiwa pagi tadi, yang buat aku jadi macam ni...huhu~

pagi tadi, aku bangun awal dari fana..
sebabnya, aku ada kelas pagi hari ni..
kalau ikutkan hari-hari biasa, jangan harap la..
mesti fana yang kena surrender bangun dulu...
ngeh2...

lepas je aku sudah mandi, aku pun masuk bilik...
masa aku tengah berdiri mengadap loker, aku dengar macam ada bunyi besi kat tingkap tak pun palang sidai towel tu diketuk2...
macam ada bunyi cakar2 pun ada...
masa sekali dua bunyi, aku malas nak toleh..
kot fana terketuk tangan kat situ masa nak bangun ke...
(kedudukan: kepala katil fana adalah di tingkap bilik)

tapi bila bunyi tu macam banyak kali, n sengaja, n kelam kabut, aku pun pandang...
tapi al-maklumah, spesies rabun macam aku ni, susah nak kenal pasti benda tu apa...
sebab masa tu aku tengah ready2 nak pakai contact lens..
time aku pandang tu, aku nampak la ada benda kaler coklat kat tingkap, betul2 atas kepala fana...
yang terlintas dalam kepala aku masa tu, benda tu jantan..
jantan ni fana punya teddy bear...aku yang bagi...
tapi aku mula la panik, sebab kenapa jantan bergerak2...
hehe...jeng..jeng..jeng...

rupa2nya benda alah tu kucing...
tengah berusaha nak larikan diri ikut tingkap..haha!~
fana yang masa tu tengah mamai, n kebetulan mengeliat, apa lagi...
aaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!~
menjerit sakan kitorang pagi2 tu...
ekeke....

kalau la kucing tu jatuh atas muka fana...
xdapat la aku bayangkan...
hehe~
kesian fana, tiap2 pagi bangun, ada je benda tekejut...
lepas ni konfirm kitorang tak lupa dah nak tutup tingkap...
bilik ground floor kan...silap2 ular pun boleh masuk...huhu~

p/s: perut aku sakit sebab sepanjang2 aku tulis ni, aku dok gelak je, teringat peristiwa pagi tadi...to fana n kucing, semoga hubungan anda baik2 je lepas ni...jangan simpan dendam..0-0 ok????
hehe!~