Friday, March 27, 2009

Bila manusia teruji

hari khamis yang lepas, betul2 menguji ketahanan mental & fizikal aku...

aku tertido lewat petang hari rabu tu...
dah pukul 6.30, aku boleh tertido..
dah memang diajar tak baik tido lepas asar kan, tapi mata aku ni memang dah
tak tertahan sangat2...
aku baca novel la konon2 nya taknak bagi tertido...
tapi dah aku duduk pun kepala ni dok terlentok2 jugak...

last2 aku surrender...
aku set la alarm pukul 7...
dengan harapan nak bangun sebelum maghrib...
tapi tu la, syaitan ni memang dah lama mainkan peranan nak melalaikan manusia kan...
aku sedar2 dah 8.10...
melompat la aku ambik wuduk nak solat maghrib...tanpa mandi...heheh..

masa terbangun dari tido tu, aku sedar yang bawah perut belah kanan aku sakit..
tapi sebab kelam kabut, aku biar la dulu...
siap je solat, aku pun capai towel nak mandi...
time tu la baru aku perasan..
kalau aku gerakkan anggota bahagian kanan yang dekat2 dengan perut, mesti sakit sangat2...

lepas dari mandi tu, aku boleh lagi dok huha..huha...
siap kirim dekat anak dara 3 serangkai tu aiskrim..
hehe...
tapi lepas makan aiskrim tu aku memang tak larat dah...
aku try baring, nak tido..
idea nak pergi pusat kesihatan utm tu datang bila tiba2 time aku tengah tido tu, perut aku sakit sangat...
aku risau la pulak kan...
diorang semua pun kata, macam apendiks, sebab belah kanan..

tanpa segan silu nya aku mencangkung kat depan bilik cik YY...
sambil meleleh air mata...
sebab aku macam tak mampu nak menahan kesakitan & kesedihan...huhu..
sahabat2 aku dunia akhirat ni pun dok tekocoh2 cari apa yang patut untuk aku pakai nak pegi ER pusat kesihatan...
baju tido ada gambar teddy bear yang aku tak pernah bawak keluar blok, dengan tak semena-mena nya, aku bawak sampai pusat kesihatan...
bila pegawai kesihatan check je, diorang berpakat nak hantar aku pergi hospital JB, naik ambulans..
untuk pengetahuan, cik2 bertiga, F,A & YY yang hantar aku time tu, tengah dok gelak2 kat luar pusat kesihatan..
tapi sebaik sahaja nampak kelibat ambulans, diorang dah cuak habis...
siap bertolak2 lagi siapa yang nak temankan aku naik ambulans...hehe...
ikutkan aku pun nak naik kereta cik YY je..hehe..
almaklum la, ambulans ni kan macam mencuakkan je...
at last, cik F yang temankan aku dalam ambulans..

punya la laju pakcik driver tu bawak ambulans..
aku yang tengah sakit2 ni boleh lagi tersengih sebab aku bayangkan, kalau la org dah nak bersalin naik, mesti dah boleh selamat lahirkan baby..hehe
mana tak nya, aku ni pun, berapa kali melambung2...
cik F asyik dok beristighfar je..dengan keadaan jalan area JB yang banyak jerawat, dah macam dalam mesin basuh dah kitorang ni!~
sampai je kat hospital, macam biasa la, urine test, blood test, sampai rasa macam banyak je cecair2 yang keluar dari dalam badan aku...
3 kali cucuk baru la urat aku dijumpai...setelah jarum yang besar & panjang tu diorang pusing2 kat dalam kulit tangan aku...
memang rasa nak nangis...
tapi bak kata seseorang yang selalu pesan kalau aku ditimpa kesakitan, sabar & tahanlah dengan dugaan, please be strong!~

dalam wad macam biasa la, memang xboleh nak tidur langsung..
(klu korang nak tau, nama wad aku ada perkataan pembedahan plastik...satu hal lagi yang wat aku nak tergelak.. =))
macam2 ragam...
ada yang menjerit2...
tu la yang buat aku kuatkan semangat...
selalu doa dalam hati minta cepat sembuh...
aku taknak dok dalam hospital ni lama2...
at last, setelah 5 jarum aku kena cucuk dalam masa sehari, aku dapat discharge..
kiranya, hari khamis petang aku discharge...
lagi satu petua dia, kena rajin tanya doctor bila boleh discharge..hehe
padahal pukul 3 pagi tu doctor dah siap suruh aku sign borang operation..
alhamdulillah, apendiks aku cuma kena jangkitan kuman...
walaupun dah keluar wad, tapi aku still rasa takut2 lagi...
bila perut aku rasa macam sakit sikit pun aku dah mula rasa cuak...
padahal angin je pun..hehe...
tapi tu la, kesan kena cucuk semua lebam2...
rasa sengal2 pinggang & keatas...
pastu, tempat yang doctor dok tekan2 nak detect apendiks tu, ya Allah...sampai bengkak jadinya..
bayangkan betapa kuatnya doctor tu tekan...
itulah, bila aku fikir2, mesti sebab aku tido maghrib2...
mungkin boleh kata benda dah nak jadi, tp mesti ada sebab untuk kita jadikan pengajaran...
azabnya duduk hospital, nak buang air pun darah keluar dari salur yang dicucuk tu...
kesimpulannnya, jaga kesihatan, sayangi diri sendiri, jangan abaikan amanat Allah...

p/s: bahayanya apendiks ni sebab kalau lambat buang, boleh pecah dalam badan.tapi, walaupun kita dah buang, kesan operation tu takkan hilang..makcik aku yang aku panggil ibu pernah operate apendiks, dia nak dukung baby dia pun sakit, angkat barang pun sakit..jagalah ye...especially kepada yang suka makan pedas2, jangan telan sekali dengan biji cili tu..
nanti kantung apendiks penuh..tu yang buat jadi sakit & kena buang...


SPECIAL THANKS & LOTS OF LUV TO: cik YY,cik A,cik F,cik S & cik I...juga untuk mereka yang sentiasa buat call untuk memastikan condition aku. mama,ayah,umi,embah,b...

No comments:

Post a Comment