Monday, January 18, 2010

kenapa Nurul Su'aidah begitu sinonim dengan cikgu...

Scenicmasa zaman kanak-kanak dulu, selalu cikgu tanya kita bila besar nak jadi apa kan?sampi la ke rumah, kita pun dok tanya kat adik-beradik, sepupu sepapat yang sama baya.mesti semua orang jawab yang power-power."aku kang nak jadi doktor".haha, tu la yang selalu aku dengar.tak pun, nak jadi angkasawan,engineer(tapi masa tu tak tau lagi engineer khusus nya apa),cikgu pun ada jugak.tapi ada jugak sesetengah tu yang kata nak jadi pemandu lori or kapal korek.yela, budak-budak lelaki kan masa kecik-kecik minat main tanah.ada lori, kapal korek.heheYahoo

tapi setiap tahun aku tanya, mesti selalu nya cita-cita kawan-kawan aku ni akan berubah.bila ada yang lagi canggih, tak pun yang diorang rasa menarik, dorang pun berangan nak kerja tu pulak bila besar nanti.aku ni pulak, tanya la bila pun, mesti aku kata nak jadi cikgu.kalau masa tu kawan-kawan dok cakap pasal kerja canggih pun,mesti aku akan kata nak jadi cikgu.masa zaman aku sekolah dulu, aku rasa cikgu ni memang glamour.pergi pasar malam ada orang tegur,pergi kedai beli ikan ada orang tegur,masuk dalam kelas murid-murid bagi salam ramai-ramai. paling seronok bila hari guru & birthday.banyak dapat hadiah dari murid-murid. tapi nak dapat yang macam tu, mesti la jadi guru yang baik kan.walaupun tegas, tapi muka mesti manis, jangan dok
buat muka ketat je..kalau tak, kirim salam je la nak dapat hadiah banyak-banyak..Banana Lv 1

tapi bila aku dah besar ni, aku dah mula nampak la, apa istimewanya jadi guru. aku ada la pengalaman sikit-sikit, mengajar budak tadika, budak darjah 3 and kelas tusyen. mengajar kanak-kanak ni, memang perlukan banyak tenaga.tu yang aku balik dari mengajar tadika trus terbongkang dengan baju kurung aku skali xsempat nak bukak pun.Sleepinghaha...

tapi tu la, memang satu kepuasan bila tengok diorang belajar benda baru, and leh faham apa yang kita ajar. sebab tu la aku dapat rasa, guru ni memang mulia kerjanya di sisi masyarakat. tak kira la guru dari tadika, pra sekolah, sampaila ke universiti, walaupun mereka tu title nya lecturer, tapi dari segi logiknya, masih guru.kerana guru ni lah terhasil macam-macam jenis jawatan, kepakaran dalam dunia ni.reading

orang selalu kata, aku ni memang sesuai mengajar. aku ni pandai bercakap and mengajar la katanya. ke maksud diorang aku ni kuat membebel ek?haha!~ tapi tu la, aku pun suka sangat mengajar ni. kalau jadi cikgu, mesti aku leh jadi cikgu disiplin.sebab aku ni garang tau.hehe...Idiot tapi aku bukan kaki pukul tau..wahaha

aku pun, insyaAllah, akan menjadi salah seorang tenaga pengajar, memandangkan kontrak yang aku ada dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). harap-harapnya cita-cita aku yang aku pegang dari aku kecik and tak tau makna sebenar guru, dapat aku capai..insyaAllah...

ANGAN2 TIME!~ : what are my future babies namezZz?.... =p

kata orang, tak salah nak berangan kan. tapi tu la aku ni, kalau lah diberi peluang nak berangan, seminit pun dah macam-macam ade dalam kepala aku ni.hehe...

aku memang kuat berangan.kire champion la senang kata.waktu paling suka berangan, masa dah ready-ready nak tidur and kalau dah bosan dalam kelas or lecture.(p/s: jangan tiru ye adik-adik..hehe)it wasnt me

kalau difikirkan, memang jauh lagi aku nak meniti masa yang mana aku dah berkahwin, and ada anak.tapi aku suka berangan dok fikir nak bagi anak nama apa nanti.sebabnya, aku geram tengok baby comel-comel.pastu, tengokla kan, budak-budak sekarang canggih-canggih sungguh nama.tergeliat lidah cikgu nak menyebutnya...hehe. walau macam mana sekalipun, nama yang diberikan, biarlah mempunyai maksud yang baik, yang positif, serta sesuai dengan anak tu nanti. jangan berikan nama yang terlalu berat maksudnya.sebab orang tua-tua kata, nanti baby tu tak mampu nak bawa namanya sendiri. wallahua'lam..^^

okey2, kembali pada nama idaman baby aku.actually, aku baru je terfikirkan satu nama.xde combination ke apa lagi.just root name.wahaha!~nama ni pulak, untuk baby girl.aku suka kalau my future baby girl (insyaAllah) namanya MELATI.hehe...kepada sabrina, jangan btau melati your cousin tu tau..hehe..Funky Dance

MELATI maksudnya sejenis bunga yang harum bau nya..(hehe, tu je la yang aku tau pun)
kepada kawan-kawan, mesti korang ada nama kegemaran, yang korang rasa nak bagi kat anak-anak kamu semua pada masa akan datang kan, share with me please..kalau sedap leh aku tumpang sekaki..hehe~~~YahooYahoo