Thursday, December 16, 2010

kerja : tiket untuk kurangkan KG




trreeetttttt..treetttttttttt...

nurul: hello..

dnd: hello, ko katne?

nurul: kat depan toshiba dah..nape?

dnd: haa, singgah rojak corner..kitorang semua tengah nak makan ni..

nurul: ok!~

aku bagi signal, belok kiri...xlama pastu, signal belok kanan...
okey da sampai..kedai makan fevret mama..(mama suka roti sardin sini =))

aku masuk2 kedai je, mama dah sengih2..
excited betul dia tengok anak dia yang sorang ni..
rindu la tu!haha~
aku pun salam2...
masa tengah salam2, mama kata "kakak nampak mkin kecik sejak kerja ni"
uishhhh...aku pun apa lagi, sengih sampai ke telinga la...
haha~
puas aku nak turunkan berat sikit2 sebelum ni, tapi xpenah jadi!
at last~setahun kerja boleh kurus kot..hehehehe..sukenye aku!!~~~~

n/k: sepanjang makan tu, semua ayah aku dok suh aku makan...
satay, soto, roti canai....abes semua disua depan aku...haha~
ayah memang...takleh tengok anak dia tak cukup..lagi2 tak cukup makan...
luv u ayah!luv u mama!

this is the picture of' some of my new frens..hehe =)



yang wat peace tunduk macam aku tu, long lost fren!!haha~

membuat comeback setelah 9 bulan...

1st of all, thank you Allah... comeback di buat setelah aku (seorang pelajar nakal) mendapat pekerjaan... syukur, cita-cita aku nak jadi cikgu dah tercapai... =) kalau tengok tajuk, gaya macam aku berehat mengandungkan anak je kan..haha~ tapi realiti nya, aku ni kebosanan sebab student tengah cuti! jadi aku decide nak mengaktifkan diri berblogging semula..hehe.. macam segan pulak..ade blog, tapi dari mac 2010 xde ape pn yg aku update.. hehe... passion nak mengarang karut marut tu masih ada... cuma yang takde idea & kesempatan je... follow blog orang bukan main lagi..haha!~ amik berkat... =p n/k: hujan2 ni, mengarang sajak pun best..wahaha~

Tuesday, March 2, 2010

weekend KAMI di jb

26,27 & 28 feb yg lalu, adalah pengisian cuti, santai & enjoy yang menarik bagi aku. penat tu tak payah cite la, tapi memang puas hati. kitorang jalan-jalan (of cos la kan), then tengok wayang, shopping (ni yang kitorang tak penah wat sama-sama before ni)...hehe~~YahooRocking BananaBanana Lv 2Banana Lv 1

sebelum ni aku rasa mcm jusco tebrau tu punya la jauh.jadi malas la aku nak menjalankan diri aku kat situ.huhu. tapi bila dah tau jalan yang betul, & tak sesat2, aku rasa dekat la pulak (kalau takde jam la kan).. kesian kan kat aku.dah 4 tahun kat utm, tapi baru tau jalan.tu maknanya, aku ni suka dok bilik je.tak suka merambu tak tentu hala.wahaha~surprise

hari sabtu & ahad, kitorang habiskan masa tengok 3 movies.Citer-citer tu adalah seperti berikut:-

Percy Jackson & The Lightning Thief

Book of Eli

Little Big Soldier

Mengikut pandangan kitorang, sume-sume citer yang kitorang tengok tu memang best.ada cara penceritaan sendiri.of cos, mesej yg baik disampaikan pun ada, wpun mcm percy & eli ni, citer adalah berdasarkan agama diorang kn...Personally, aku paling suka Book of Eli.Dalam relax & cool,tapi part action mmg terangkat beb.Two thumbs UP!!~hehe...applause

Besides tengok wayang, kitorang ada wat sikit shopping la...sikit je, tak banyak pun..tapi tu la.yang aku tak fahamnya, benda yang aku rasa paling puas hati dibeli oleh kitorang dalam masa 3 hari tu ialah kasut Converse b (Jack Purcell). Aku suka kasut tu n aku rase, kasut tu memang kena dengan jiwa b.yang aku xtahan, rm200++ adalah harga asal.luckily, dapat less 40% pulak..so jadila rm100++ je..huhu~so, b pulak yang asik dok tanya kete dah kunci?sebab dia risau dgn kasut 200++ die tu.haha...comey je kan?? aku pun beli kasut jugak. tapi aku punya murah aje. aku beli everlast rm69.90. hehe...kasut tu cute, n aku puas hati la.cuma tak dapat kaler asal yang aku nak tu.huhu...slamat tinggal kasut lama aku, yang dah banyak berjasa, sampai berlobang kat tapak.jasamu tetap dikenang~~~


b punye shopping sakan diteruskan dengan 2 helai corduroy long pants...2 helai tu, cuba korang bayangkan.brand sama, saiz sama, hrga sama...kaler je lain..hehe..setelah kitorng wat perbincangan n timbangkan baik buruk, kitorng decide bli brand mustang...hoho~perbincangan bersama, tapi suar tu b punye tau...aku pun tak ketinggalan beli long pants.

asalnya aku dah trlupa langsung pasal suar tu. tup tup nak kuar dari ti:zed masa 2nd day tu b tanye, syg xminat suar mcm ni ke? skali aku toleh..aiseymaaaannn...itulah suar yang aku dok usya semalam.dengan langkah besar-besar & gagahnya aku pun pergilah tinjau lokasi tempat kejadian.ada pulak size aku..padahal dah tinggal 3 helai je. ape lagi, pegi cari fitting room..jeng jeng..aku beli laaa...haha~puas hati aku dapat sluar.lagipun, dah 3 tahun aku tak beli sluar baru...keh keh..

kitorng macam bese la, asal bjalan je perkara utama yg mesti dilakukan ialah makan.yang bestnya, kitorang discover 1 tempat makan baru.tak pernah pulak kitorang try tempat makan tu before ni.hoho~ Rasamas...yang under kfc tu.sedap tau nasi ayam dia..Hungryn harga berpatutan..tp aku cakap kat b, aku masak nasi ayam lagi sedap...hoho~masuk bakul angkat sendiri je kejenye aku ni...

apepun, jalan-jalan dengan b memang best!~tapi rasanya ni macam last time la kan kita jalan-jalan kat jb.tak tau la kalau2 dah tua nanti kan..hehe~

p/s: dah puas shopping & jalan-jalan baru aku teringat, kete blom servis lagi...adeh!!~parah2...duit lagi..Crying

Monday, January 18, 2010

kenapa Nurul Su'aidah begitu sinonim dengan cikgu...

Scenicmasa zaman kanak-kanak dulu, selalu cikgu tanya kita bila besar nak jadi apa kan?sampi la ke rumah, kita pun dok tanya kat adik-beradik, sepupu sepapat yang sama baya.mesti semua orang jawab yang power-power."aku kang nak jadi doktor".haha, tu la yang selalu aku dengar.tak pun, nak jadi angkasawan,engineer(tapi masa tu tak tau lagi engineer khusus nya apa),cikgu pun ada jugak.tapi ada jugak sesetengah tu yang kata nak jadi pemandu lori or kapal korek.yela, budak-budak lelaki kan masa kecik-kecik minat main tanah.ada lori, kapal korek.heheYahoo

tapi setiap tahun aku tanya, mesti selalu nya cita-cita kawan-kawan aku ni akan berubah.bila ada yang lagi canggih, tak pun yang diorang rasa menarik, dorang pun berangan nak kerja tu pulak bila besar nanti.aku ni pulak, tanya la bila pun, mesti aku kata nak jadi cikgu.kalau masa tu kawan-kawan dok cakap pasal kerja canggih pun,mesti aku akan kata nak jadi cikgu.masa zaman aku sekolah dulu, aku rasa cikgu ni memang glamour.pergi pasar malam ada orang tegur,pergi kedai beli ikan ada orang tegur,masuk dalam kelas murid-murid bagi salam ramai-ramai. paling seronok bila hari guru & birthday.banyak dapat hadiah dari murid-murid. tapi nak dapat yang macam tu, mesti la jadi guru yang baik kan.walaupun tegas, tapi muka mesti manis, jangan dok
buat muka ketat je..kalau tak, kirim salam je la nak dapat hadiah banyak-banyak..Banana Lv 1

tapi bila aku dah besar ni, aku dah mula nampak la, apa istimewanya jadi guru. aku ada la pengalaman sikit-sikit, mengajar budak tadika, budak darjah 3 and kelas tusyen. mengajar kanak-kanak ni, memang perlukan banyak tenaga.tu yang aku balik dari mengajar tadika trus terbongkang dengan baju kurung aku skali xsempat nak bukak pun.Sleepinghaha...

tapi tu la, memang satu kepuasan bila tengok diorang belajar benda baru, and leh faham apa yang kita ajar. sebab tu la aku dapat rasa, guru ni memang mulia kerjanya di sisi masyarakat. tak kira la guru dari tadika, pra sekolah, sampaila ke universiti, walaupun mereka tu title nya lecturer, tapi dari segi logiknya, masih guru.kerana guru ni lah terhasil macam-macam jenis jawatan, kepakaran dalam dunia ni.reading

orang selalu kata, aku ni memang sesuai mengajar. aku ni pandai bercakap and mengajar la katanya. ke maksud diorang aku ni kuat membebel ek?haha!~ tapi tu la, aku pun suka sangat mengajar ni. kalau jadi cikgu, mesti aku leh jadi cikgu disiplin.sebab aku ni garang tau.hehe...Idiot tapi aku bukan kaki pukul tau..wahaha

aku pun, insyaAllah, akan menjadi salah seorang tenaga pengajar, memandangkan kontrak yang aku ada dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). harap-harapnya cita-cita aku yang aku pegang dari aku kecik and tak tau makna sebenar guru, dapat aku capai..insyaAllah...

ANGAN2 TIME!~ : what are my future babies namezZz?.... =p

kata orang, tak salah nak berangan kan. tapi tu la aku ni, kalau lah diberi peluang nak berangan, seminit pun dah macam-macam ade dalam kepala aku ni.hehe...

aku memang kuat berangan.kire champion la senang kata.waktu paling suka berangan, masa dah ready-ready nak tidur and kalau dah bosan dalam kelas or lecture.(p/s: jangan tiru ye adik-adik..hehe)it wasnt me

kalau difikirkan, memang jauh lagi aku nak meniti masa yang mana aku dah berkahwin, and ada anak.tapi aku suka berangan dok fikir nak bagi anak nama apa nanti.sebabnya, aku geram tengok baby comel-comel.pastu, tengokla kan, budak-budak sekarang canggih-canggih sungguh nama.tergeliat lidah cikgu nak menyebutnya...hehe. walau macam mana sekalipun, nama yang diberikan, biarlah mempunyai maksud yang baik, yang positif, serta sesuai dengan anak tu nanti. jangan berikan nama yang terlalu berat maksudnya.sebab orang tua-tua kata, nanti baby tu tak mampu nak bawa namanya sendiri. wallahua'lam..^^

okey2, kembali pada nama idaman baby aku.actually, aku baru je terfikirkan satu nama.xde combination ke apa lagi.just root name.wahaha!~nama ni pulak, untuk baby girl.aku suka kalau my future baby girl (insyaAllah) namanya MELATI.hehe...kepada sabrina, jangan btau melati your cousin tu tau..hehe..Funky Dance

MELATI maksudnya sejenis bunga yang harum bau nya..(hehe, tu je la yang aku tau pun)
kepada kawan-kawan, mesti korang ada nama kegemaran, yang korang rasa nak bagi kat anak-anak kamu semua pada masa akan datang kan, share with me please..kalau sedap leh aku tumpang sekaki..hehe~~~YahooYahoo