Sunday, December 13, 2009

my marinated KORBAN's beef =)


alkisah, disebabkan raya haji yang baru lepas ni,jadi banyaklah daging lembu kat rumah. tahun ni memang xde daging kambing.ayah la paling frust skali agaknye..hehe(walaupun ayah la patutnya xleh makan sebab ada darah tinggi.kesian ayah..).jadi satu petang yang damai ni, aku pun wat la aktiviti yang mama suruh dengan dibantu oleh jiha.kitorng potong daging-daging yang banyak tu & bahagi dalam dua bekas.satu bekas potong dadu untuk masak gulai, satu lagi potong lebar-lebar untuk di"marinate"kan supaya boleh menjadi daging panggang yang sedap dimakan begitu sahaja.

oleh itu, kat sini nak share dengan semua orang, resepi marinate yang aku campak-campak je bahan-bahannya, dengan bantuan bakal chef terkenal, adik aku dnd...untuk pengetahuan umum, aku marinate daging ni punya la banyak.satu loyang segiempat yang lebar tu.tp kitorng makan 3 kali bakar, untuk 3 hari je.haha!akibatnye, sekarang ni aku tengah bersusah payah nak turunkan berat badan.wakaka...

first thing 1st, daging yang dah dipotong tu, diketuk dengan hammer untuk daging(meat tenderizer) biar ade nampak rongga-rongga supaya daging lembut.then MINYAK MASAK.cap ape pun xkisah.buruh,vesawit,seri murni, yang penting halal.then MADU untuk memberikan rasa manis serta melembutkan daging.pastu, tabur MIX HERBS.cari je kat supermarket, confirm ade dari size kecik sampai la ke besar.then, bahan yang aku paling suke, PAPRIKA.paprika ni berbentuk serbuk.jadi taburkan jugak.GARAM secukup rasa.KICAP PEKAT untuk masakan juge secukup rase.

cara nak masak, panaskan pan leper dengan planta or margerin or yang seumpama dengannya.untuk yang menggemari daging yang ada rasa juicy-juicy,(my feveret!!~)kita namakan cara masakan MEDIUM DONE.caranya, api kuat letakkan daging.setelah 4 minit, terbalikkan.4 minit kemudian angkat dan sedia untuk dimakan.siapa yang suka daging yang kering dan liat2 sikit, masak cara tadi, tp masa masak tu panjangkan la 3 4 minit untuk setiap side.yang tu pulak namanya WELL DONE.

kalau sesiapa yang rasa beef steak kat restoran tu sedap sangat, korang try la resepi ni.sebab kalau buat sendiri, kita memang xkan kedekut bahan.jadi memang betul-betul cukup rasa.siap boleh masak ikut style yang disukai lagi..ha, dah teliur kan..haha!~must try nooo...kalau rajin, cari la resepi sos cendawan ke, sos blackpepper yang special ke, makan dengan daging tu.confirm terangkat.hehe..tp kitorang satu family bedal je macam tu.ngap..ngap..kejap je dah habis...

p/s: sori xde gambar.klu x,leh tengok macam mana rupenye kan.aku xterfikir pun nak amik..huhu.

No comments:

Post a Comment